Thursday, August 28, 2008

KISAH LOBAK, TELUR DAN KOPI

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hamper menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.

Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangnya di atas api. Setelah air di dalam periuk mendidih, dia memasukkan lobak merah dalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir. Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya.

Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Dia menyisihkan lobak,telur dan kopi dalam mangkuk yang berasingan. Lalu dia bertanya pada anaknya, “Apa yang kau lihat,nak?” “lobak,telur dan kopi” jawab si anak.

Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu. Dia melakukannya dan berasa lobak itu sedap dimakan. Ayahnya meminta mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras. Terakhir ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi.

Setelah itu, si anak bertanya , “Apa ertinya semua ini, ayah?” Ayah menerangkannya bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama, tetapi menunjukkan reaksi yang berbeza.

Lobak sebelum direbus kuat,keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, ianya menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya cair. Tetapi setelah dimasak isinya menjadi keras. Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unit. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut.

“kamu termasuk dalam golongan yang mana?Air panas yang mendidih itu umpam kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kamu menghadapinya? Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi?” Tanya ayahnya.

So anda bagaimana??? Fikir-fikirkanlah……..kejujuran menceminkan peribadi…be positive always…be your self…

Sunday, August 3, 2008

BUDAK BARU BELAJAR

welcome to my blog.....fist time wat blog,slalu dengar jer tp x thu pun nak wat mcmmne.... akhirnya berjaya jugak wat blog sendiri.....rasanye klu x ambik TMK3001 ni entah bla plak nak wat...rsa bangga plak...ehehehehe